Sunday, August 5, 2012

Tewasnya Datuk Lee Chong Wei

Balik-balik dari masjid,terdengar adik aku cakap Chong Wei kalah.Biasalah, adat perlawanan menang dan kalah.Harapan yang tinggi diletakkan di bahu Chong Wei.Tiada siapa yang salah dan siapa yang betul.Chong Wei hanya seorang manusia yang mempunyai keringat dan penat.

Nak dijadikan cerita,khabarnya jika Datuk Lee Chong Wei menang akan menerima:


1. Rm 1 juta dari MSN2. RM 1juta daripada syarikat perabot tempatan iaitu 3V Holdings Sdn. Bhd.
3. Jongkong emas seberat 12.5 kg bernilai lebih RM 2juta ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala
    Lumpur (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam dan...
4. Elaun RM 5ribu setiap bulan sepanjang hayat untuk pemenang emas olimpik.
yang xtahan aku dengar akan dapat ice cream baskin robbin percuma?betul ker?hehehehe

Apapun tahniah Datuk Lee Chong Wei,bertungkus lumus dalam membawa nama Malaysia ke arena antarabangsa.Semoga BAM dapat belajar dari kesilapan disebabkan lambat melahirkan pelapis untuk mengantikan tempat Lee Chong Wei.

Datuk Lee Chong Wei telah bertarung bemati-matian.Sepatutnya diangkat sebagai lagenda Badminton tanah air..

MALAYSIA BOLEH!!!!


No comments:

Post a Comment