Tuesday, July 24, 2012

||Resepsi Fiza& Ariffin||01.07.12||Johor Bahru

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
Pagi ni saya bersahur atau orang UTARA cakap ''makan suk'' macam itu lah bunyinya untuk hari yang ke4. Sebelum menunggu waktu subuh datang..Ini adalah majlis yang terakhir yang saya ambil sebelum bulan ramadhan tiba.Majlis ini berlangsung di Taman sinaran Kempas.Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka..

Majlis akad nikah berlangsung hampir nak maghriblah..

Macam biasalah kan,sebelum akad nikah,nak kena sign macam nak buat loan lah.hehehe..Tapi jangan kita pulak fikir ini xperlu..Ini untuk rekod Jabatan Agama,maklumlah dah banyak penipuan zaman sekarang ni..

Fikir aper lah tu..hehehe..Sabar yerkk


Macam biasa,saya akan letak gambar tok kadi yang menikahkan fiza untuk kenangan.Hensem tok kadi ni masa muda..hehehe(ada jugak nak perli tu).. 

Solat sunat dilakukan selepas akad nikah..Alhamdulillah...


Memang sudah adat masa kini sang suami & isteri memberi cenderahati kepada pasangan masing-masing..
Tidak ketinggalan malam berinai..serba kuning gitu..hehehe..Romeo & Juliet

Hari yang dinanti telah tiba.'JANJI TERPATRI, CINTA SEJOLI...


Tol-Tol..heheehehe..memang adat org johor.Tapi laki dari luar johor jangan lak takut,perkara ni sudah biasa..Jadikan lah pemberian tol ni umpama sedekah sahaja..heheheh.ekh eleh(aku punya wife org perak ,ada tol gak) lalu PLUS..hehehe

Amboi dari jauh macam Van Damme..huhuhu..berseri muka pengantin laki...yang perempuan malu-malu lak.tapi serius memang secucuk mereka..hehehe..

Manis pengantin perempuan kita ni..Perjalanan majlis lancar,walaupun hari mendung..

Tak salah saya 'EL LYDIA BRIDAL" menyediakan banyak baju persalinan untuk pengantin..so kalau nak banyak tukar2 baju try survey butik dia..

Tidak semua pengantin kita suruh pose dia pandai pose,so saya sebagai cameraman takdelah nak marah-marah..akan buat terbaik pada anda semua..
Banner tersergam di hadapan khemah.

Tempat outdoor ini dibuat di Setia Tropika,JB.Waktu ni lepas hujan..Nyaris-nyaris pengantin nak cancelkan outdoor,saya pun berkeraslh nak gak buat..hehehehe..rugi tau..

Nasib baik adik pengantin bagi nak bergambar dengan basikal ni...sebenarnya  photographer mainkan peranan penting dalam membuat outdoor..tempat yang menarik bukan menjamin gambar yang cantik..hehehe..

Pada awalnya,pengantin lelaki macam malu-malu..Bila didesak suruh senyum akhirnya dia spoting..hehehe.thanks Ariffin...

thanks fiza and family sebab memilih saya dalam merakamkan hari indah anda..




Sunday, July 22, 2012

||Resepsi||Ramizah&Zaki||23&24.06.12||JB

Assalamualaikum...Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk saya meng UPDATE blog yang seberapa ini. 23&24 June 2012 adalah hari bersejarah untuk pasangan Ramizah & Zaki.Berlangsungnya pernikahan & persandingan di kg melayu,Jb.

        
Sebenarnya dalam wedding photography, ramai photographer membuat kelainan dalam mengambil elemen2 sekeliling majlis.Sudah menjadi trend orang zaman sekarang....

Memang adat orang melayu kan,barang untuk menjadi tanda ikatan adalah cincin.Tak kisahlah apa yang diberi,yang penting ikhlas dari hati si suami/lelaki...


Gambar ini diambil selepas majlis akad nikah.amboi...tadi sebelum nikah pucat lesi muka..hehehe.(gurau sahaja zaki)




Kalau dari gambar ini,kedua-dua pasangan ini tenang jerk posing kn...hehehe..whatever,,thanks.
Pernikahan ini dilakukan dirumah sahaja.Pelamin dan mak andam dari Andaman Liza,Pasir Gudang

Abang ni pun xmelepaskan peluang mengambil gambar kenangan,ke dia amik video untuk reference masa nak nikah nanti..hehehehe

Lokasi outdoor selalu saya suruh pihak client pilih lokasi,memandangkan mereka pun xmencari lokasi,saya buat outdoor area danga bay..

Dari mata kasar,nampak gambar ni sama jerk kan..tapi,,pandai2lah u all cari bezanya..hehehehe

Sinaran matahari kat belakang tu bukan edit tau..original..hehehe.gambar ni diambil dihadapan bangunan mahkamah jb.

Hari yang ditunggu telah tiba..24 june hari persandingan mereka..Bagaikan pinang dibelah dua..mereka tampak serasi..

Ala-ala mat saleh lah pulak letak bungs-bunga ni..masa saya kahwin xdalah pulak idea mcm ni,,,hehehe..yelah zaman dulu teknologi komunikasi sangat berbeza dgn sekarang..info pun kurang..hehehe


Sebagai photographer,kami bukan amik gambar pengantin tengah posing sahaja,tapi moment2 sekeliling...

Amboi posing sakan diaorg ni kan...hehehe.Per lagi dah makan pergi lah basuh pinggan ..hehehehe

Tidak dilupakan,abang tukang cuci..takder diorang pun susah gak.siapa nak cuci pinggan orang yang datangkan..dah kena cuci sendiri..pernah jumpa situasi gitu?kalo ada angkat tangan...hehehe

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mengembang,ramailah yang semakin mampu untuk buat majlis yang mewah..membazir,bagi saya xmembazir pun kalao kita mampu dan tidak menyusahkan diri sendiri..kalau takder orang yang nak tempah ,macamna bisnes andaman nak bergerak.tul x?so, itulah bisnes dan kehidupan...Anda penggerak ekonomi dan kenalh bijak memilih..hehehe


Tau tak,saya buat kt maner outdoor ni?SENIBONG..rasanya macam nak terbang jerk payung tu..habis outdoor ni,payung saya patah..xper pyung rm10..hehehe

Thanks Ramizah(mimi) & zaki..semoga kalian kekal sehingga akhir hayat...

Credit: Andaman Liza










Saturday, July 21, 2012

||Resepsi||Falah&Izah||09.06.12||Pontian

Assalamualaikum semua...hari ini adalah hari pertama puasa..sambil2 tu cuba2 lah mengupload gambar lama..ok xnak panjang2 cerita...Page ini adalah Majlis perkahwinan Izah & Falah di pontian.Falah berasal dari sg petani,kedah dan Izah orang pontian tapi bekerja di Putrajaya..

Untuk event ini,Falah & Izah memilih pakej 1 hari..Sebenarnya n jujurnya memang sangat2 rush.Tapi memandangkan pengantin ni nampak stamina kuat,xdalah nampak muka pengantin letih sehingga sesi outdoor..Cuma cameraman sahaja yang letih sebabnya tido lewat..hehehehe

Pengantin perempuan kidal rupanya,patutlah nampak bijak..hehehe(gurau sahaja Izzah)..mau dia band saya nanti..

Dari penglihatan saya,pengantin lelaki ni nampak sempoi..hehehe.Tak sabar-sabar nak akad nikah..maklumlah dari utara ke selatan..tol xsalah saya sekali jalan rm90.hehehe

Tok kadi ni cakap,kalau nak jalan-jalan kena bawak surat nikah ni.macam lesen lh gitu..kalau x bawak, kena tahan berdua-dua menjawablah nampaknya...huhuhu.


Macam biasalah kan,majlis ni xmenjadi kalau takder orang kat dapur..rata-rata orang dijohor macam kt area-area kampung, adat 'merewang' ni memang masih ada lg..posing habis abg2 ni..so saya selitkan gambar dia di blog,kalau kt album,kena marah lah pulak dengan izzah...

Memandangkan saya ni suka amik gambar banyak-banyak,so saya paksa pengantin gak amik gambar outdoor..hehehe.kt tepi2 pokok jerk sebelah rumah..apa lah yang falah tengok tu...

Tidak sah kalau ada gambar bersama-sama kawan2 kan...

Hahaha..ternga nga masing2..tapi seronoklh tengok  mereka..kenapa saya punya gambar kahwin xda buat macam ni..ni yang rasa nak kahwin lagi...opppss (mau kena parang nanti)

Elemen-elemen disekitar rumah atau tempat event perlu diambil kira..Gambar diatas adalah gambar di tingkap sahaja..hehehe..Xpercaya?


Masa sesi bergambar ini adalah musim hujan di pontian.nasib lah ada tempat-tempat yang menarik..cahaya dibelakang tu adalah editing semata2.hehehehe

Ni yang malas nak suruh bergambar,kita nak amik gambar ada lak ditutup-tutup..hehehe..

Thanks Izzah & falah kerana mempercayai saya amik gambar sejarah awak...





||Pertunangan&Pernikahan||Yanz&isz||28.05.12||Kota Tinggi

Assalamualaikum.....Alhamdulillah diberi nafas kepada kita lagi...tarikh 28.05.12 hari isnin adalah hari kerja..ini adalah 1st time waktu kerja,saya lari dari jb ke kota tinggi untuk mengambil gambar..hehehe..harap2 bos tak tau....hehehe.memandangkan saya sudah berjanji dengan pasangan ini,saya teruskan..asal mereka dapat melihat hari2 indah mereka masa tua nanti..opsss bukan tua(bila dah berumur nanti)
Memendekkan cerita,ini adalah majlis Reifhan & Isz...majlis pertunangan dan pernikahan..mereka ni blaja sama2 kat uitm ,shah alam..xsalah saya lh..pasangan ini nampak cool dimata saya....

Sebenarnya,saya suka amik gambar2 kat celah2 orang..hehehe.entahlh xtau kenapa...

Bergambar di bilik adalah satu kewajipan..tetapi,reifhan xprepare per2 pun kat bilik..hehehe..so saya suruh dia pose kt tingkap saja lh..hehehehe..jangan marah yerk reifhan..cahaya di tingkap tu adalah editing semata-mata...bukan betul2 yerk...
 Apa lah yang dibualnya tu...hehehehe

moment2 begini sebenarnya menjadi trade mark pada para photographer...saya akan sentiasa zoom di muka pengantin selepas akad nikah..so kalau ada photographer yang selalu duk depan2 jangan marah lak photographer tu yerk...


Kadang2 orang yang tidak pernah rasa keadaan macam ni mesti cakap per yang nak sedih2..hehehe..dulu saya pernah keadaan begini gak..nk meleleh jerk rasanya..memandang laki(ego) so control macho lh..heheheh

Alhamdulillah..terpatri segala ungkapan,doa menjadi pendinding setiap ikatan...

Untuk sesi outdoor ni,memang emak pengantin cakap buat simple2 jerk...so pengantin buatlh lokasi di sebelah masjid sahaja...PANASNYA...memang masa ni,matahari atas kepala tu...xper2 sabar jelh..hehehehe..



Ini lokasi disebelah rumah..tangkap muat jer kan...yang penting Reifhan & Isz gembira melihat gambar2 yang saya tangkap tu yerk....


Thanks mempercayai HMR PHOTOWORK .......

credit : Ash D'Andaman