Thursday, August 23, 2012

Pertunangan FARHA & HANIF || BATU PAHAT || 21.08.12

Assalamualaikum...Salam Syawal & Salam 1 Malaysia....

Mood untuk bekerja & update Blog dah kembali semula selepas cuti hari raya ni...Setelah perut telah disumbat berbagai-bagai kuih raya & menu-menu lain sudah tiba masanya saya berkongsi serba sedikit bingkisan aktiviti HMR PHOTOWORK & DESIGN..
                   Alhamdulillah..Syawal yang ke3 adalah hari berbahagia & pertunangan FARHA & HANIF.Semoga diberkati Oleh NYA..
Tahniah kepada pasangan ini , semoga kekal sehingga ke akhirat hayat...
Majlis pertunangan ini nampak GRAND,heheh..maybe hari raya kn..so sambil bertunang sambil buat OPEN HOUSE..kalau di ikutkan ,ni pun termasuk dalam BISNES PLANNING..hehehe.
Ada yang menarik tentang majlis ini,mata saya tertumpu pada hantaran-hantaran..tapi ada hantaran yang amat pelik & saya rasa ini pengalaman pertama nampak hantaran robot (GUNDAM)..hehehe..sangat2 kreatif..
Serius muka farha..hehehe.gambar curi2 yang saya sempat tangkap..Sorry...
Cincin disarung bukti IKATAN TELAH TERIKAT...Tahniah sekali lagi dari kami..
Doa Kesyukuran semoga apa yang dihajati akan kekal sehingga ke jinjang pelamin..Berkat bulan Syawal,semoga mereka sepasangan tidak dilambung dengan berbagai masalah..almaklumlah bertunang orang kata darah manis..
Linangan air mata saudara-saudara terdekat & air mata ibu..maklumlah anak sulong(betul ker)...hehehe..
Bagai pinang dibelah dua...memang serasi mereka,harap keserasian mereka akan kekal  sehingga ijab kabul dilafazkan...Saya tidak sempat nak berbual dengan pesangan lelaki.tapi dengar2nya dia akan ke sarawak kalau tidak silap saya dalam masa terdekat ni...
Tidak sah,kalau rakan-rakan penyeri majlis..ada sajer telatah mereka..Lantak ko orang lh...hehehe
Tengoklah tu..serius memang meriah walaupun majlis pertunangan,dah macam majlis perkahwinan lh pulak...hehehehe.tq semua,sebab anda ..gambar ini menjadi penyeri dalam blog saya..huhuhu
Gambar ni sajer saya muatkan dalam album...rajin anak mak..hehehe
Bergambar bersama semua keluarga..hehehe..memang spoting keluarga ni..ada sajer nak buat gaya-gaya bebas..
Thanks Farha & Hanif sebab percaya pada saya untuk menangkap hari Pertunangan anda..Dan thanks a Lot 2 syiera (sepupu) yang rekmen kan HMR PHOTOWORK & DESIGN pada Farha..hehe.
Thanks banyak-banyak....













         

No comments:

Post a Comment